Selasa, 30 Oktober 2012

what ever....

 gambar ini aku terjumpa dalam internet tp ade betul jgak gambar ni korg tentukan sendiri la betul ke tak, malas la rase nak hurai biar la gambar berbicara.....






aku ak tambah satu lagi perempuan jadi ape tetap dop kat dapur jgak~~~ what ever~~~









lepas kawin....




























ini perasaan lelaki jika bace surat perempuan........ betul tak??? what ever~~~















READ MORE - what ever....

aku dan catering




dah lame tak update blog ase nye.... ye lah disebabkan kekangan masa so tak sempat la..... firstly, kali ini aku nak ceritakan ttg hidup aku dlm catering~~

aku bukan dr kalangan org so terpaksa lah cari duit lebih nak tampung khidupan, org lain tampung dgn duit mak ayah tp aku tak sbb, keluarga bukan senang, walaupun aku dpt elaun tp~~~~ tak lah mncukupi...

kat bawah nie semua gmbar yang sempat snap mase aku catering.... aku letak bnyak gambar sbb aku malas nak tulis dan aku tahu korg pun malas nak bace kan??











yg kat atas semua tu biase2 ajer, kenduri kawin tapi yang kat bawah ie function2 yg lebih grand agy... kat bawah nie adalah gmbar perkhwinan dr pakar dan doktor biase...... 








grand tak ???? kat bawah nie agy la grand..... sbb aku dijemput utk bekerja di kediaman perdana menteri dipresent 10 putrajaya...... agak grand sbb dpt baju uniform.... first kena tinggal kad ic kat luaq...
yg aku tak caya dlm sana aku jumpe ramai selebriti mcm ceo tv3, pengacara alkuliah, dan ramai lah artis....
tp......



















ini catering perdana menteri jer.... aku pernah wat catering utk raja kelantan kat masjid negara sempena hari pahlawan tapi tak sempat nak snap gambar, dan ada juga raja perak, perlis dan selangor, tau2 jer la lau catering dgn raja nie cerewet sikit sbbb nak perfect 100%...... tu jer nak kongsi.....

READ MORE - aku dan catering

Khamis, 13 September 2012

10 orang terawal membuka akuan facebook


1. Mark Zuckerberg(http://www.facebook.com/profile.php?id=4).
Merupakan founder Facebook yang petama mendaftar dengan nombor id 4.

2. Chris Hughes (http://www.facebook.com/profile.php?id=5).
Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook yang merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di University Harvard.Selain menjadi co-founder facebook,Chris Hughes menjadi popular setelah dia membuat website untuk Obama iaitu my.barrackobama.com yang dikatakan menjadi penyumbang besar sehingga Obama menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat.Nombor idnya ialah 5.

3.Dustin Moskovitz (http://www.facebook.com/profile.php?id=6).
Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook dan merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa belajar di University Harvard.Moskovitz memiliki saham Facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 million US$.Forbes menyatakan dia merupakan jutawan termuda di dunia.Nombor idnya ialah 5.

4. Arie Hasit (http://www.facebook.com/profile.php?id=7).
Arie Hasit merupakan kawan baik Mark Zuckerberg ,ini kerana mereka berdua sering lepak bersama-sama sewaktu belajar di University Harvard.Mereka berdua juga merupakan Jewish/Yahudi.Sekarang dia bekerja sebagai juru cakap angkatan bersenjata Israel.Nombor id 7.

5. Marcel Georgés Laverdet II (http://www.facebook.com/profile.php?id=10).
Tidak banyak maklumat mengenai beliau.Dia bekerja di Facebook.Nombor idnya ialah 10.

6. Soleio (http://www.facebook.com/profile.php?id=11).
Soleio merupakan pegawai teknik Facebook.Di page Facebook nya,dia menyatakan ianya berhubungan dengan teknikal Facebook.Nombor idnya ialah 11.

7. Chris Putnam (http://www.facebook.com/profile.php?id=13).
Chris Putnam merupakan salah seorang software engineer Facebook.Nombor idnya ialah 13.

8. Andrew McCollum (http://www.facebook.com/profile.php?id=26).
Andrew McCollum ialah kawan sekelas dengan Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus menjadi design grafik pertama Facebook.Dialah yang merancang logo facebook untuk pertama kalinya.Nombor idnya ialah 26.

9. Colin Kelly (http://www.fcebook.com/profile.php?id=27).
Merupakan pelajar Universiti Harvard dan berkemungkinan besar ialah teman sekelas Mark Zuckerberg.Kebanyakan pemilik-pemilik id-id yang kecil ialah pelajar Universiti Harvard kerana memang pada awalnya,Facebook dikembangkan untuk kepentingan pelajar dan mahasiswa Harvard.Nombor idnya ialah 27.

10. Mark Kaganovich (http://www.facebook.com/profile.php?id=28).
Mark Kaganovich ialah pelajar Harvard dalam bidang sains komputer.Dia merupakan founder dari labmeeting,iaitu sejenis social network seperti Facebook,tetapi dikhususkan untuk para ilmuan sahaja.





11. muhammad hisyamuddin ruler (http://www.facebook.com/hisyamuddinkamarudin)
nama sebenar muhammad hisyamuddin bin kamarudin, dalam bidang kejuteraan manusia (human engineering), belum di ketahui mengapa ada ruler. id number 1666.  merupakan orang pertama membuka facebook dalam rumahnya. itu sahaja identiti yang dikenal pasti.

- dipetik dari galaksi blog
READ MORE - 10 orang terawal membuka akuan facebook

Rabu, 12 September 2012

ce tgk belakang anda

Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia. Seperti kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Apapun berikut adalah koleksi 12 hantu yang tidak dicari tetapi kelihatan secara tidak sengaja di dalam gambar yang diambil.

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza




Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahu 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.



2. Hantu Kereta Remuk



Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Menjeguk Di Tingkap



Cuba perhatikan di tepi tingkap terlihat jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan



Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal



Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6.Lembaga Putih Memegang Batu Nisan




Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oelh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang



Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada



Gambar ini juga terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Wanita Kebaya Merah



Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

10. Penampakan Hantu Berambut Panjang





Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di ICity, shah Alam. Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakan amoi sama sibuk nak posing ke atau pun benar-benar penampakan hantu.

11. Penampakan Kepala di Tingkap



Penampakan kepala di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran KFC. Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah tingkap restoran itu.

12. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin



Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90'an. Betul atau tidak, Wallahu'alam.
READ MORE - ce tgk belakang anda