Rabu, 28 Ogos 2013

murung









Penyakit murung ini kadang-kadang boleh membahayakan. Jika ia berlanjutan dalam jangka masa yang panjang. Ada banyak fakta yang boleh menyebabkan penyakit murung ini.
  Ada orang bunuh diri kerana tak dapat menghilangkan perasaan ini. Sedangkan masalah mereka hanya sedikit sahaja. Kerana kurang berpengetahuan  maka itulah jalan penyelesaian mereka.
  Percaya tak sinar matahari  di awal pagi  dapat mengurangkan penyakit murung ini.
  Kerana sinar matahari yang rendah ini dapat mengurangkan mengeluaran Hormon Melatonin. Di mana hormone ini mengawal perasaan ingin tidur.
  Jika kita mengurung diri kita di tempat gelap. Ini akan mengalakkan pengeluaran Hormon Melatonin ini. Maka ia menyebabkan kita cepat berasa mengantuk, lemah dan murung.

aku tak tahu kenapa start 3bulan ini, aku jadi murung mungkin sbb setiap hari tgk terima dgr bace benda yang tak sebulu dengan aku kot atau mungkin jugak sbb aku terlalu sgt fikir benda2, mcm duit, kawin, mase depan dan assgmnt aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh.

 ini sedikit pembacaan aku pasal murung ini dr blog n buku.... 

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1999 menunjukkan kemurungan adalah penyakit keempat utama di dunia yang boleh menyebabkan negara boleh hilang keupayaan dan menambahkan bilangan kesengsaraan.

Secara tidak langsung, ia menjejaskan keupayaan mental dan fizikal yang memberi kesan besar terhadap modal insan negara, kerjaya, krisis sosial dan merendahkan kualiti hidup penduduknya.

Ini kerana dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah kemurungan dan boleh menjadi penyakit kedua utama penyebab ketidakupayaan menjelang 2020.

Kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan atau yang terpendam di dalam otak. Ia memang penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan sering disalah tafsir atau pun tidak disedari langsung.

Sesetengah orang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana merasakan satu hari nanti kemurungan itu akan hilang dengan sendirinya.

Ada beranggapan bahawa kemurungan adalah satu kelemahan atau kegagalan peribadi yang perlu ditangani sendiri manakala ada yang lain tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan.

Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan kemurungan menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan tempat kedua bagi lelaki dengan nisbah 2:1 yang dipercayai disebabkan perubahan hormon.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, penyakit yang tidak mengenal usia ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tanggungjawab dan budaya, terutamanya wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab perlu dipikul sebagai pekerja, pengurus rumah tangga, isteri dan ibu kepada anak-anak.

Wanita juga lebih terbuka dan sangat prihatin dengan kesihatan serta tidak malu untuk merujuk masalah yang dihadapinya kepada pakar terbabit.

“Kemurungan di kalangan wanita juga ditunjukkan melalui gejala tidak bersemangat dalam kehidupan dan rasa tidak berguna manakala lelaki meluahkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan mudah terganggu.

“Perkahwinan menjadi faktor yang boleh melindungi kaum lelaki daripada kemurungan kerana merasakan kehidupan mereka sudah sempurna dan tanggungjawab selebihnya itu dialihkan kepada isterinya,” katanya ketika menyampaikan taklimat sempena Hari Kesakitan dan Kemurungan Malaysia yang disambut buat kali pertama di Petaling Jaya baru-baru ini.

Punca Kemurungan

-        Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit  Antaranya
  • kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
  • kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

-        Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

-        Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

-        Bagi sebilangan wanita,  kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.

Tanda-tanda Kemurungan
  • Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
  • Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
  • Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
  • Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
  • Amat sensitif , pendiam  dan suka mengasingkan diri
  • Perasaan pesimistik  Hilang semangat, putus asa/putus harapan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
  • Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
  • "Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu.   Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri  boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
  • Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput) 
Tips Untuk Mengatasi

  • Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

  • Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri  kepada Allah, pasrahkan diri dan redha  dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

  • Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

  • Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan  sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

  • Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

  • Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
    • Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
    • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
    • Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
    • BELAJAR  SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU.  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT DENGAN TERSEBUT. 
    • JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI.  ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan