Ahad, 10 Ogos 2014

RUKUN SOLAT

Assalamulaikum kepada semua pembaca pada post kali ini bet akan membincang tentang rukun solat.rukun solat ini terdapat dalam dsp tahun 4.












Sebelum itu cuba kita pahami dahulu tentang pergertian solat…..


PENGERTIAN SOLAT


Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum).



Setelah itu mari kita lihat syarat sah solat dahulu,tapi apakah perbezaan antara syarat sah solat dan rukun solat, mari bet terangkan….

Definasi Syarat Solat: Perkara-perkara diluar solat yang membuat solat tidak sah tanpa perkara-perkara itu.

Dengan kata lain, syarat solat adalah persiapan yang dilakukan sebelum solat berkenaan dengan waktu, tempat dan kesucian.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

1) Islam
2) Berakal sihat
3) Mumayyiz (mampu membezakan antara baik dan buruk)
4) Masuk waktu solat
5) Suci daripada hadas
6) Suci daripada najis
7) Menutup aurat
8) Menghadap kiblat

Dan seterusnya kita membincangkan tentang rukun solat…..


RUKUN-RUKUN SOLAT

1-Niat


2-Ihram


3-Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk,berbaring , telentang atau dengan isyarat.


4-Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

5-Rukuk dengan toma`ninah


.6-I`tidal dengan toma`ninah


7-Sujud dua kali dengan toma`ninah


8-Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah


9-Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah


10-Membaca tasyahud akhir


11-Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir


12-Membaca salam yang pertama


13-Tertib mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.













KOTAK BERACUN YANG MENGANDUNGI SOALAN UNTUK PELAJAR






Tiada ulasan:

Catat Ulasan