Jumaat, 8 Mac 2013

tukar pintu

kisah ini aku dgr semasa di sebuah masjid dikelantan tentang hubungan dalam perkhawinan mungkin ada usur israilliat ttp kite boleh ambik moral nye... insyallah.... kisah ini di cerita kan oleh seorang ustaz tentang nabi ibrahim dan anak nya ismail....

seperti mana yang kita ketahui nabi ibrahim dan anak ismail sudah lama sangat tidak bertemu, pada suatu hari terdetik di hati nabi ibrahim untuk bertemu dengan anaknya nabi ismail, lalu berjalan la nabi ibrahim ke rumah anaknya ismail....
jaraknya agak lah jauh, setibanya di rumah anaknya, lalu diberi kan salam "assalamualaikum"... tiba-tiba keluar la seorang perempuan yg cantik maka perempuan itu berbicara "Walaikummusalam, saudara cari siapa?"
lalu nabi ibrahim  pun menjawab "saya mencari nabi ismail dan siapakah awak..?" lantas perempuan menjawab"saya isteri nabi ismail, beliau tiada dirumah"

nabi ibrahim bertanya lagi "bagaimanakah kehidupan mu wahai isteri ismail" lalu isteri nabi ismail pun bercerita bertapa payahnya kehidupan mereka makan hanya secukup makan sahaja, dan nabi ismail sibuk dengan kerja dakwahnya.

lalu nabi ibrahim berkata "saya mintak diri dulu, sampaikan salam dan pesan hamba ini tukarlah pintu ini".
maka ibrahim pun berangkat pulang. tetapi isteri nabi ismail kebingguan kenapa dia suruh tukar pintu ini.

tidak lama kemudian, nabi ismail pun pulang lalu bertanya kepada isterinya, " adakah sesiapa yang datang dan ingin temui aku", nabi ismail tahu yang ayah nya datang untuk menemuinya dengan berita yang disampaikan oleh allah.... "ya" jawab isterinya, "dandia berpesan suruh kamu menukar pintu, aku tidak sempat bertanye kenapa dan siapa kah dia" sambung isterinya.....

lalu nabi ismail menjawab" itulah ayah aku, dan pesanannya suruh tukarkan pintu maksudnya menceraikan kamu"... lalu isterinya diceraikan..

setelah beberapa lama, nabi ismail pun berkahwin lain. hendak di jadikan cerita.... nabi ibrahim ingin bertemu anaknya sekali lagi, lalu pergi la ke rumah anaknya ismail.

setibanya dirumah anaknya....... seorang perempuan lain yang membuat pintu perempuan itu berbicara "Walaikummusalam, saudara cari siapa?"
lalu nabi ibrahim  pun menjawab "saya mencari nabi ismail dan siapakah awak..?" lantas perempuan menjawab"saya isteri nabi ismail, beliau tiada dirumah"

nabi ibrahim bertanya lagi "bagaimanakah kehidupan mu wahai isteri ismail" lalu isteri nabi ismail pun bercerita bertapa bahagianya hidupnya, makanan yang diberikan mencukupi,

lalu nabi ibrahim berkata "saya mintak diri dulu, sampaikan salam dan pesan hamba ini jagalah pintu ini".
maka ibrahim pun berangkat pulang. tetapi isteri nabi ismail kebingguan kenapa dia suruh jaga pintu ini.

tidak lama kemudian, nabi ismail pun pulang lalu bertanya kepada isterinya, " adakah sesiapa yang datang dan ingin temui aku", nabi ismail tahu yang ayah nya datang untuk menemuinya dengan berita yang disampaikan oleh allah.... "ya" jawab isterinya, "dan dia berpesan suruh kamu menjaga pintu ini, aku tidak sempat bertanye kenapa dan siapa kah dia" sambung isterinya.....

lalu nabi ismail menjawab" itulah ayah aku, dan pesanannya suruh menjagakan pintu maksudnya menjaga kamu"... lalu mereka hidup dgn bahagia rezeki yang berlimpah ruah, dan hidup dengan senang


moral: setiap penceritaan ade moral nya, penulisan saya ini agak berterabur, so moral nya kita sebagai suami dan isteri jgn menceritakan kekurangan yang ada, itu mengaibkan kita, semahunya hendaklah menjadi nama baik pasangan kita.... wallah... saya lemah ilmu, rujuk kitab atau tanye para ustaz jika tidak shahih, dan beritahu kpd saya.....

READ MORE - tukar pintu

Jumaat, 1 Mac 2013

sweet giler~

lame tak update rasenye 4 bulan kot nak update tapi tak mase , tapi lau nak kire kan tak la susah sangat update nie jus taip kan..... hehe

saya nak kongsi cite yang sweet untuk hushand and wife yang husband tu cikgu... harap leh saya wat macam nie nnt hehe.....

Cikgu A baru teringat esok kena beli kertas keras untuk buat poskad bersama anak murid dan mengajar tulisan berangkai. Selepas Isyak di masjid, dia langsung terus ke Popular di BP Mall.

Cikgu A : (mesej kpd zaujahnya) Abang ke Popular kejap yea, nak beli alatan mengajar esok.

Zaujah : (reply)Aloooo..Nak ikutt :( Dah la hujan2. Balik cepat tau.

Cikgu A : (reply) OK,hehe..Nak pesan apa2 x?

Zaujah : Nak pemadam segenggam,pensil sekilo.Hehe.. Weep :P X ada pe2, nak abang balik cepat je :)

Cikgu A : (baca mesej sambil ketawa kecil) Emmm, carikanlah sesuatu. Kalau x merajuk balik nanti.

==========================================

Pulang ke rumah..

Cikgu A : Sayanggg, tadi abang cari sesuatu.Hehehe.. Tengok dalam plastik ni.

Zaujah : STOKIN HELLO KITTY! Comeellllllll.Heeeee (Peluk dan sembam muka ke badan suaminya)

Cikgu A : Abang mula nak cari stokin yang comel2 buat ayang pakai tidur, abang tengok ayang kalau hujan sejuk sampai jadi kura2 dlm selimut.hehe.. Abang pegang kaki ayang pun selalu sejuk malam2. Kebetulan ada corak Hello Kitty, tau ayang suka :)



_________________________________________________________________________________






LELAKI: Saya nak bagi RM5,000 untuk hantaran awak...

Perempuan: RM5,000? semurah itu kah diri saya?

L: Hmmmm...ok...RM­10,000...

P: Kalau RM10,000....ran­tai leher saya pun dah berharga RM10,000...kira­nya saya ini hanya seperti rantai leher?

L: ok2.....RM20,00­0 la saya bagi..

P: Kereta Myvi saya berharga RM50,000....ber­makna saya lebih murah dari kereta Myvi disisi awak...

L: Ok la...RM 60,000....

P: Adakah itu harga saya ? Bangunan KLCC itu pun berharga jutaan ringgit...

L: Ok lah....awak letaklah sendiri berapa harga awak...saya akan bayar...cakap saja berapa...

P: Diri saya TERLALU mahal.....sehin­gga awak tak dapat nak BELI....cukupla­h awak bagi RM100 ringgit sahaja....bukan­ kerana harga saya....tapi kerana perintah Agama yg mewajibkan mas kahwin....
READ MORE - sweet giler~