Rabu, 9 November 2022

UMNO Barisan Nasional (BN) mewujudkan senario paling buruk dalam politik Malaysia dengan melaksanakan usaha memfitnah Anwar Ibrahim secara berterusan sejak 1998.
Selama sedekad mereka mencipta konspirasi yang amat kejam merobek maruah seorang pemimpin berjiwa Islam yang membela rakyat.

Meskipun Presiden Umno telah tiga kali bertukar tangan namun musuh politik parti itu dan para pemimpinnya tetap tidak berubah.

Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri (PM) dijatuhkan pada 1998 kerana keengganan beliau bersetuju dengan arahan Dr Mahathir Mohamad menyelamatkan syarikat salah seorang anak PM itu yang hampir muflis menggunakan dana Petronas sejumlah RM1 bilion.

Anwar juga tidak bersetuju menyelamatkan beberapa kroni penting Umno BN lain yang tenggelam dibadai krisis kewangan Asia 1998.

Kroni Dr Mahathir khuatir Anwar akan memusnahkan mereka sekiranya dibenarkan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Oleh itu mereka memutuskan Anwar perlu disingkir. Akibatnya, satu konspirasi diatur mereka-cipta tuduhan Anwar meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar.

Skrip bermula dengan Azizan dibawa oleh Ummi Hafilda Ali menghadap PM Dr Mahathir mengadu menjadi mangsa liwat. Kemudian Dr Mahathir memecat Anwar dengan alasan timbalannya mengamalkan seks luar tabie.

Anwar mendakwa konspirasi menjatuhkannya melibatkan beberapa orang rakan karib Dr Mahathir seperti Daim Zainudin, Aziz Shamsudin, Peguam Negara Mokhtar Abdullah dan beberapa orang hakim.

Sepuluh tahun kemudian, pemimpin Umno BN sekali lagi berdepan dengan kemungkinan Anwar akan diangkat menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya menafikan majoriti 2/3 kerusi Parlimen BN.

Khabar angin 40 Ahli Parlimen BN akan menyeberang ke PR selepas Anwar menang Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 menyebabkan mereka merasakan perlunya Anwar disingkir dari dunia politik.

Maka konspirasi kedua diatur. Kali ini melibatkan seorang budak pejabat Anwar bernama Saiful Bukhari. Beliau mendakwa diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium. Sekali lagi skrip lama digunakan. Mangsa dibawa berjumpa Perdana Menteri, Najib Razak mengadu telah diliwat.

Kebimbangan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap perbicaraan kes fitnah II yang tidak berjaya mencipta bukti kukuh menentang Anwar berikutan keterangan saksi yang kabur dan terdapatnya DNA lebih dari seorang lelaki di dubur Saiful, termasuk DNA Saiful sendiri menyebabkan pemimpin Umno BN sekali lagi gusar Anwar akan kembali kuat menjelang pilihanraya ke-13.

Risikan BN terhadap situasi di Sarawak menjelang pilihanraya negeri memperlihatkan penolakan rakyat terhadap propaganda BN. Sekiranya negeri yang mana penduduk pribumi kekurangan maklumat telah menolak BN, maka keadaan akan menjadi lebih sukar di Semenanjung yang rata-rata penduduknya membaca bahan-bahan dari internet.

Maka mejelang pilihanraya Sarawak pada April 2011, satu lagi fitnah direka-cipta. Kali ini menggunakan video seks yang dilakonkan oleh lelaki mirip wajah Anwar Ibrahim. Dengan harapan kebangkitan rakyat Sarawak dan Semenanjung boleh dipadamkan apabila menonton pemimpin mereka melakukan adegan seks. Sekali lagi skrip lama digunakan. Menjelang pilihanraya Sarawak, polis mengumumkan siasatan menjurus ke arah ketulenan video dan pemilik jam tangan Omega yang didakwa kepunyaan Anwar. 

Sedangkan laporan polis oleh Anwar mengadu difitnah tidak disiasat segera oleh pihak polis. Pendedahan klip video di internet yang tidak dihalang dengan segera mendakwa Trio Datuk T juga menjadi tanda-tanya kerana individu yang mendedahkan klip video seks Presiden MCA, Chua Soi Lek ditangkap selepas seminggu klip berkenaan tersebar. 

Namun konspirasi demi konspirasi ini semakin menjemukan rakyat Malaysia yang inginkan suasana politik yang membela kebajikan mereka. Bukannya melibatkan intrig skandal dan permainan politik yang tidak berkesudahan

READ MORE -

 DEFINISI PEMBOLEH UBAH....???

Pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstruk yang diselidik oleh penyelidik
(Gay & Arasian, 2000), yakni merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan;
yang berubah-ubah dari segi kualiti atau kuantiti.

JENIS PEMBOLEH UBAH....???
Pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan dapat dikategorikan kepada:
1.  Pemboleh ubah tidak bersabdar(independent variable)
2.  Pemboleh ubah bersandar(dependent variable)
3.  Pemboleh ubah luaran(extraneous variable)
4.  Pemboleh ubah moderator(moderator variable)
5.  Pemboleh ubah intervensi(intervening variable)

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR....???
Pemboleh ubah tidak bersandar merupakan pemboleh ubah yang dijangka akan
mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain yang digelar pemboleh ubah bersandar.
Dalam penyelidikan berbentuk eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar merupakan
rawatan ataupun pemboleh ubah yang dimanipulasi, yakni diubah secara sistematik oleh
penyelidik.
Contoh: Seorang penyelidik berminat untuk menentukan kesan dua kaedah pembelajaran koperatif(Kaedah A dan Kaedah B)ke atas pencpaian akademik pelajar.  Kaedah
pembelajaran koperatif merupakan rawatan yang diberi kepada kumpulan eksperimen dan
dimanipulasi oleh penyelidik, di mana kumpulan pertama diajar dengan menggunakan
Kaedah A dan kumpulan dua pula diajar dengan Kaedah B, dengan jangkaan kedua-dua
kaedah akan memberi kesan yang berbeza ke atas pemboleh ubah bersandar iaitu
pencapaian akademik pelajar.

Dalam sesebuah penyelidikan, penyelidik boleh meneliti lebih daripada satu
pemboleh ubah tidak bersandar.
Contoh: Apakah hubungan antara efikasi kendiri(pemboleh ubah tidak bersandar),
 kelayakan akademik(pemboleh ubah tidak bersandar),  dan pengalaman mengajar
(pemboleh ubah tidak bersandar), guru dengan kualiti pengajaran(pemboleh ubah bersandar)
 mereka?

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR....???
Pemboleh ubah bersandar merupakan pemboleh ubah yang menerima kesan satu atau
lebih pemboleh ubah tidak bersandar, sama ada pemboleh ubah yang dimanipulasi
ataupun yang diperhati oleh penyelidik(Jaeger, 1990).
Perubahan yang berlaku diandaikan berikutan pengaruh pemboleh ubah tidak
bersandar. Pemboleh ubah bersandar juga dikenali sebagai pemboleh ubah hasil
(outcome variable) atau pemboleh ubah kriteria(criterion variable).
Pemboleh ubah tidak bersandar dan bersandar sering digunakan dalam penyelidikan
eksperimen dan penyelidikan perbandingan penyebab(causal comparative study.
Dalam penyelidikan eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar dimanipulasi oleh
penyelidik untuk melihat kesannya ke atas pemboleh ubah bersandar.
Contoh: Adakah kaedah pembelajaran berasaskan masalah(pemboleh ubah 
tidak bersandar)dapat meningkatkan skor matematik (pemboleh ubah bersandar)
pelajar?

PEMBOLEH UBAH LUARAN....????
Pemboleh ubah luaran ialah pemboleh ubah tidak bersandar yang penyelidik percaya
boleh memberi kesan ke atas pemboleh ubah bersandar dalam sesuatu penyelidikan
khususnya penyelidikan eksperimen(Gay & Airasian 2000; Mohd Majid Konting, 2005;
Pallant, 2001).
Contoh: Dalam penyelidikan tentang kesan kaedah pembelajaran koperatif ke atas
pencapaian akademik pelajar, di samping kesan kaedah pembelajaran yang diselidik,
pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh faktor kecerdasan pelajar.  Oleh itu,
kecerdasan pelajar yang merupakan pemboleh ubah luaran turut boleh
mengganggu kesan kaedah pembelajaran ke atas pencapaian pelajar.
Namun begitu, apabila mengkaji hubungan sebab-akibat antara pemboleh ubah
tidak bersandar yang dimanipulasi dan pemboleh ubah bersandar, penyelidik perlu
mengawal dan meminimumkan pengaruh pemboleh ubah luaran ke atas pemboleh
ubah bersandar kerana ia mungkin akan memberi kesan sehingga menjejaskan
keputusan eksperimen.

PEMBOLEH UBAH MODERATOR.....???
Dalam hubung kait antara pemboleh ubah, terdapat  sekurang-kurangnya satu
pemboleh ubah tidak berandar dan satu pemboleh ubah bersandar.  Sebarang pemboleh
ubah yang mengubah hubungan antara kedua-dua pemboleh ini dinamakan pemboleh
ubah moderator iaitu pemboleh ubah tidak bersandar yang tidak dimanipulasi tetapi
disedari oleh penyelidik dan diukur dalam penyelidikan.
Contoh: Katakan penyelidik ingin meneliti hubungan antara motivasi (pemboleh ubah X)
dan penggunaan strategi pembelajaran(pemboleh ubah Y) dalam kalangan pelajar sekolah
rendah di Malaysia.  Dalam penyelidikan ini, pemboleh ubah moderator yang mungkin
mempengaruhi kekuatan antara motivasi dan penggunaan strategi pembelajaran ialah
umur pelajar (pemboleh ubah Z).
Hal ini kerana kekuatan hubungan antara pemboleh ubah X dan pemboleh ubah Y
mungkin meningkat mengikut peringkat umur, iaitu pelajar-pelajar yang lebih tua
berkemungkinan mempunyai motivasi yang lebih tinggi ddalam penggunaan strategi
pembelajaran kerana keinginan mereka untuk mencapai keputusan yang baik adalah
lebih tinggi.

PEMBOLEH UBAH INTERVENSI....???
Pemboleh ubah intervensi(intervening variables or mediating variables)merupakan
pemboleh ubah yang mewujudkan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan
pemboleh ubah bersandar.  Oleh itu, penyingkiran pengaruh pemboleh ubah intervensi
akan menyebabkan ketiadaan sebarang hubungan  antara kedua-dua pemboleh ubah.
Contoh: Dalam suatu penyelidikan tentang kebolehan membaca kanak-kanak, pelbagai
data telah dikumpul oleh penyelidik, termasuk maklumat demografi dan data fizikal
seperti umur (pemboleh ubah Z) dan ketinggian kanak-kanak(pemboleh ubah X).
Hasil analisis menunjukkan bahawa ketinggian (pemboleh ubah X) kanak-kanak
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kebolehan membaca
(pemboleh ubah Y) mereka.  Hal ini bermakna semakin tinggi (pemboleh ubah X)
seseorang kanak-kanak, semakin tinggi kebolehan (pemboleh ubah Y) membacanya.
Realitinya, ketinggin kanak-kanak(pemboleh ubah X) dan kebolehan membaca
mereka (pemboleh ubah Y) dipengaruhi oleh satu pemboleh ubah ketiga iaitu umur
(pemboleh ubah Z) dan penyingkiran pengaruh umur secara statistik akan melenyapkan
hubungan antara ketinggian (pemboleh ubah X) dan kebolehan membaca
(pemboleh ubah Y) kumpulan kanak-kanak yang diselidik.

Pemboleh ubah intervensi juga mungkin hanya mempengaruhi pemboleh ubah tidak
bersandar dan menyebabkan perubahan berlaku dalam pemboleh ubah bersandar.

Sumber:
Penyelidikan Dalam Pendidikan
Noraini Idris 2010

READ MORE -

Selasa, 1 November 2022

 Ijtihad ialah perbuatan atau usaha untuk mengeluarkan hukum-hukum yang tidak terdapat nas (teks) yang jelas iaitu nas yang tidak mengandungi kecuali satu makna tentangnya.

Oleh itu, mujtahid (orang yang mampu berijtihad) ialah orang yang memiliki keahlian dalam ijtihad. Seorang mujtahid ialah orang yang mengingati ayat-ayat ahkam, hadis-hadis ahkam serta mengetahui sanad-sanad dan keadaan para perawinya, mengetahui nas-nas yang nasikh dan mansukh, yang ^am dan khas, yang mutlaq dan muqayyad serta benar-benar mengetahui bahasa Arab dengan mengingati permaknaan-permaknaan bagi setiap nas sesuai dengan bahasa al-Quran, juga mengetahui perkara yang telah disepakati oleh para ahli ijtihad (mujtahidin) dan perkara yang telah diperselisihkan di kalangan mereka. Ini kerana jika seseorang itu tidak mengetahui perkara ini maka berkemungkinan dia menyalahi ijmak (kesepakatan) para ulama sebelumnya.

Selain syarat-syarat di atas, masih ada satu lagi syarat yang menjadi rukun yang sangat besar yang mesti dipenuhi dalam berijtihad iaitu kekuatan pemahaman dan pemikiran. Kemudian disyaratkan juga memiliki sifat ^adalah iaitu sifat selamat dari dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil yang jika dikira secara perbandingan maka jumlah dosa kecilnya didapati melebihi jumlah amalan baiknya.

Taqlid pula ialah perbuatan atau usaha untuk mengikut pendapat para mujtahidin seperti para imam mazhab yang empat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Shafi^i dan al-Imam Ahmad. Orang yang bertaqlid digelar sebagai muqallid. Seorang muqallid ialah orang yang belum sampai kepada darjat keahlian mujtahid.

Antara dalil yang menunjukkan bahawa orang Islam terbahagi kepada dua martabat ini ialah hadis Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam:

نضر الله امرأً سمع مقالتي فوعاها فأداها كما سمعها, فرب حامل مبلغ لا فقه عنده

Maksudnya: “Allah memberi kemuliaan kepada seseorang yang mendengar perkataanku, kemudian dia menjaganya dan menyampaikannya sebagaimana dia pernah mendengarnya. Betapa ramai orang yang menyampaikan tidak memiliki pemahaman” [Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Hibban]

Tumpuan dalil ialah pada lafaz: (فرب حامل مبلغ لا فقه عنده) yang bermaksud: “Betapa ramai orang yang menyampaikan tidak memiliki pemahaman”.

Dalam riwayat yang lain disebut begini:

فربّ حامل فقهٍ لا فقه له, وربّ حامل فقه إلى من هو أفقه منه

Maksudnya: “Maka betapa ramai pembawa (dalil) fiqh tidak memiliki pemahaman, dan betapa ramai pembawa (dalil) fiqh (menyampaikan dalil) kepada orang yang lebih faham daripadanya” [Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad]

Lafaz-lafaz hadis tersebut memberi kefahaman kepada kita bahawa di kalangan sebahagian orang yang mendengar hadis daripada RasuluLlah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam ada yang hanya meriwayatkan sahaja dan pemahamannya terhadap kandungan hadis tersebut adalah kurang berbanding dengan pemahaman orang yang mendengar hadis tersebut daripadanya. Orang yang kedua ini dengan kekuatan pemikiran dan pemahamannya dia memiliki kemampuan untuk menggali dan mengeluarkan hukum-hukum dan masalah-masalah (yakni mampu melakukan istinbat hukum) yang terkandung dalam hadis tersebut. Oleh itu, kita dapat mengetahui bahawa sebahagian para sahabat Nabi ada yang pemahamannya adalah kurang berbanding dengan para muridnya sendiri atau orang yang mendengar hadis daripadanya.

Mujtahid dengan pengertian inilah yang dimaksudkan oleh hadis Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam:

إذا اجتهد الحاكم فأصاب فله أجران وإذا اجتهد فأخطأ فله أجر

Maksudnya: “Jika seorang penguasa berijtihad lalu betul (ijtihadnya) maka baginya dua pahala, dan jika dia berijtihad lalu salah (ijtihadnya) maka baginya satu pahala” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Penguasa (الحاكم) dalam hadis ini disebut secara khusus kerana seseorang penguasa lebih memerlukan aktiviti ijtihad berbanding dengan orang lain. Ada di kalangan para ulama salaf yang menjadi penguasa sekaligus sebagai mujtahid seperti Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq, Sayyidina ^Umar, Sayyidina ^Uthman, Sayyidina ^Ali, Sayyidina al-Hasan ibn ^Ali, Sayyidina ^Umar ibn ^Abdil-^Aziz, Sayyidina Shurayh al-Qadi dan selain mereka.

Para ulama hadis yang menulis dalam ilmu mustalahul-hadith ada menyatakan bahawa ahli fatwa daripada kalangan sahabat hanya kurang dari sepuluh orang iaitu sekitar enam orang sahabat menurut suatu pendapat. Sebahagian ulama lain pula berpendapat bahawa ada sekitar dua ratus orang sahabat yang mencapai darjat mujtahid, dan ini pendapat yang lebih sahih. Jika para sahabat sahaja sedemikian keadaannya, maka bagaimana mungkin setiap orang muslim yang mampu membaca al-Quran dan mentelaah beberapa kitab berani berkata: “Mereka (para mujtahid) adalah manusia dan kita juga manusia, maka tidak sepatutnya kita kita bertaqlid kepada mereka”. Sedangkan telah terbukti dengan data yang sahih dan munasabah bahawa kebanyakan ulama salaf bukan bertaraf mujtahid, bahkan mereka mengikut iaitu bertaqlid kepada ulama yang bertaraf mujtahid yang ada di kalangan mereka.

Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari bahawa seorang pekerja sewaan telah melakukan zina dengan isteri majikannya. Lalu ayah pekerja tersebut bertanya tentang hukuman yang patut dikenakan ke atas anaknya, maka ada yang mengatakan: “Hukuman ke atas anakmu ialah membayar seratus ekor kambing dan memerdekakan seorang hamba perempuan”. Kemudian si ayah itu bertanya lagi kepada ahli ilmu, maka mereka jawab: “Hukuman ke atas anakmu ialah sebatan seratus kali dan diasingkan selama satu tahun”. Kemudian akhirnya, si ayah itu datang kepada RasuluLlah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam bersama suami perempuan tadi dan berkata: “Wahai RasuluLlah, sesungguhnya anakku ini bekerja dengan orang ini, lalu dia berzina dengan isterinya. Ada orang berkata kepadaku bahawa hukuman ke atas anakku ialah rejam, lalu aku mahu menebus hukuman rejam itu dengan bayaran seratus ekor kambing dan memerdekan seorang hamba perempuan. Kemudian aku bertanya pula kepada para ahli ilmu dan mereka menjawab bahawa hukuman ke atas anakku ialah sebatan sebanyak seratus kali dan diasingkan selama setahun”. RasuluLlah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam bersabda; mafhumnya: “Aku pasti memberi keputusan hukum ke atas kamu berdua dengan KitabuLlah. Oleh itu, hamba perempuan dan kambing-kambing itu dikembalikan kepadamu, dan hukuman ke atas anakmu ialah sebatan seratus kali dan diasingkan (dari kampungnya sejauh jarak qasar solat) selama setahun”.

Lelaki tersebut sekalipun seorang sahabat tapi dia bertanya kepada para sahabat yang lain dan jawapan mereka salah lalu dia bertanya lagi kepada para ulama di kalangan mereka hingga kemudiannya RasuluLlah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam memberi fatwa yang sesuai dengan jawapan yang telah dikemukakan oleh para ulama di kalangan mereka itu. Dalam kejadian ini RasuluLlah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam memberikan pengajaran kepada kita bahawa sebahagian sahabat baginda sekalipun mereka telah mendengar hadis daripada baginda secara langsung, namun tidak semua mereka memahaminya. Dengan kata lain, tidak semua para sahabat mempunyai kemampuan dan keahlian untuk mengambil hukum daripada hadis Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam. Mereka ini hanya berperanan sebagai orang yang meriwayatkan hadis kepada orang lain sekalipun mereka benar-benar memahami bahasa Arab yang fasih. Justeru, sangatlah aneh orang-orang bodoh berani berkata: “Abu Hanifah, Malik, al-Shafi^I dan Ahmad ibn Hanbal adalah manusia dan kita juga manusia”.

Senada dengan hadis di atas ialah satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Dawud tentang seorang lelaki yang luka di kepalanya. Pada suatu malam yang dingin dia berjunub. Selepas dia bertanya tentang hukum mandi junub kepada orang-orang yang bersamanya, mereka menjawab: “Engkau mandilah!”. Kemudian dia mandi dan meninggal dunia kerana kedinginan. Ketika RasuluLlah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam dikhabarkan tentang hal ini, baginda bersabda; mafhumnya: “Mereka telah membunuhnya. Semoga Allah membalas perbuatan mereka. Tidakkah sepatutnya mereka bertanya jika memang mereka tidak tahu? Kerana ubat kebodohan ialah bertanya”. Jadi penawar kejahilan ialah bertanya iaitu bertanya kepada ahli ilmu. Lalu RasuluLlah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam bersabda; mafhumnya: “Sesungguhnya sudah cukup bagi orang itu bertayammum dan membalut lukanya dengan kain lalu menyapu kain tersebut dan membasuh (mandi) baki tubuhnya (yang tidak luka)”. Dalam kes ini kita dapat mengetahui bahawa sekiranya ijtihad diperbolehkan bagi setiap orang Islam untuk melakukannya, sudah tentu RasuluLlah sollaLlahu ^alay-hi wa sallam tidak mencela mereka yang bukan ahli fatwa untuk berfatwa kepada orang yang berjunub tersebut.

Kemudian, antara tugas khusus seorang mujtahid ialah melakukan qiyas iaitu memutuskan hukum sesuatu yang tidak ada nasnya dengan membandingkannya dengan sesuatu yang mempunyai nas kerana ada suatu persamaan dan keserupaan di antara kedua-duanya.

Oleh itu, berhati-hatilah dan berwaspadalah terhadap mereka yang menganjurkan para pengikut mereka agar berijtihad, sedangkan mereka sendiri dan para pengikut mereka sangat jauh dari martabat ijtihad. Mereka dan para pengikut mereka adalah para pengacau dan perosak agama. Termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang yang dalam majlis-majlis mereka biasanya mengedarkan lembaran-lembaran tafsir suatu ayat atau hadis, padahal mereka tidak pernah mempelajari ilmu agama secara langsung dengan para ulama. Golongan yang seperti ini adalah golongan yang menyalahi para ulama Usulul-Fiqhi. Ini kerana para ulama usul berkata: “Qiyas adalah pekerjaan seorang mujtahid”. Mereka juga menyalahi para ulama ahli hadis. WaLlahu a^lam.
READ MORE -