Rabu, 28 Ogos 2013

Mungkin anda tertanya-tanya Mengapa Berjanji Menggunakan Jari Kelingking, kenapa bukan dengan ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis..haa, meh baca kisah menarik ni,

Dahulu, ada seorang Putri yang sangat Cantik. Banyak putera yang ingin melamarnya namun ia tidak serta merta menerima mereka. Ia membuat pelbagai ujian untuk para putera, hingga pada akhirnya tinggal 5 orang putera. Mereka berkumpul untuk ujian terakhir. Sang Putri menyembunyikan satu jari di belakang tubuhnya. Tugas dari para putera itu adalah meneka jari apa yang disembunyikan oleh putri dan yang benar akan menjadi suami dari puteri tersebut.

Satu persatu mereka meneka tapi hingga putera ke-4 tidak ada yang benar tinggalah putera ke-5. Sang putera menunjukkan jari kelingking dan sang Putri pun tersenyum sambil menunjukkan jari kelingkingnya pula. Itu bererti sang putera akan menikahi sang putri dan mereka berjanji akan hidup bersama hidup atau mati.

Baru saja mereka berkahwin 1 minggu sang putera harus pergi ke Perang Salib. Ia mengaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking sang putri dan berjanji akan kembali selepas perang selesai. Namun selepas 5 tahun ia pergi, putera tak pernah kembali. Sang putri yang masih sangat cantik, masih diminati oleh banyak putera. Lamaran terus menerus berdatangan, akhirnya sang Putri tak boleh menolak. Ia membuat pengumuman kepada semua orang di dunia. Dengan syarat, orang itu tahu apa yang harus dia lakukan ketika sang putri menunjukan jari kelingkingnya.

Maka, mulalah berdatangan para putera raja dari pelbagai bangsa mereka semua datang dengan percaya diri, namun tak ada yang berjaya, mereka semua tidak tahu harus berbuat apa terhadap jari kelingking sang putri.

Suatu hari, datang seorang pengemis. ia datang untuk cuba memikat puteri. meski, ia sempat dihadang oleh pasukan penjaga namun sang putri menyambutnya. Bagi sang putri, semua orang berhak cuba meneka apa yang puteri mahukan.

Sang putri menunjukan jari kelingkingnya kepada pengemis itu sambil menunggu tindakan pengemis itu. Dan ternyata sang pengemis itu mengaitkan jari kelingkingnya ke jari kelingking sang Putri. Dan sang putri tahu bahawa itu adalah putera yang telah lama menghilang. Dan ternyata benar itu adalah sang putera yang telah lama menghilang dan ia datang untuk memenuhi janjinya 5 tahun lalu. Dan sang Putri dan putera pun kembali hidup bersama.

Namun suatu malam putera mengucapkan selamat tinggal kepada sang putri dan menghilang tiba-tiba. Sang putri kebingungan dan mencari tahu jawapannya. Ternyata sang putera telah mati dibunuh ketika perjalanan pulang dari perang salib. Tubuhnya baru ditemui selepas 5 tahun. Ternyata roh dari pangeran datang kembali untuk memenuhi janjinya. ia diberi masa 40 hari untuk memenuhi janjinya kepada sang Putri.

Sang putri berbaring di sebelah tubuh putera. Ia ingin memenuhi janjinya bahawa mereka akan selalu bersama. Maka, sang putri meminum racun dan mati di sebelah tubuh putera sambil mengaitkan jari kelingkingnya ke jari kelingking putera, demi hidup bersama putera.

P/s: Memang satu cerita yang menarik, tetapi dikatakan cerita ini hanyalah cerita dongeng, cerita rekaan semata-mata..




JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI SILA SHARE !!!!!!!!!!!!!!!!!!
READ MORE -

murung









Penyakit murung ini kadang-kadang boleh membahayakan. Jika ia berlanjutan dalam jangka masa yang panjang. Ada banyak fakta yang boleh menyebabkan penyakit murung ini.
  Ada orang bunuh diri kerana tak dapat menghilangkan perasaan ini. Sedangkan masalah mereka hanya sedikit sahaja. Kerana kurang berpengetahuan  maka itulah jalan penyelesaian mereka.
  Percaya tak sinar matahari  di awal pagi  dapat mengurangkan penyakit murung ini.
  Kerana sinar matahari yang rendah ini dapat mengurangkan mengeluaran Hormon Melatonin. Di mana hormone ini mengawal perasaan ingin tidur.
  Jika kita mengurung diri kita di tempat gelap. Ini akan mengalakkan pengeluaran Hormon Melatonin ini. Maka ia menyebabkan kita cepat berasa mengantuk, lemah dan murung.

aku tak tahu kenapa start 3bulan ini, aku jadi murung mungkin sbb setiap hari tgk terima dgr bace benda yang tak sebulu dengan aku kot atau mungkin jugak sbb aku terlalu sgt fikir benda2, mcm duit, kawin, mase depan dan assgmnt aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh.

 ini sedikit pembacaan aku pasal murung ini dr blog n buku.... 

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1999 menunjukkan kemurungan adalah penyakit keempat utama di dunia yang boleh menyebabkan negara boleh hilang keupayaan dan menambahkan bilangan kesengsaraan.

Secara tidak langsung, ia menjejaskan keupayaan mental dan fizikal yang memberi kesan besar terhadap modal insan negara, kerjaya, krisis sosial dan merendahkan kualiti hidup penduduknya.

Ini kerana dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah kemurungan dan boleh menjadi penyakit kedua utama penyebab ketidakupayaan menjelang 2020.

Kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan atau yang terpendam di dalam otak. Ia memang penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan sering disalah tafsir atau pun tidak disedari langsung.

Sesetengah orang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana merasakan satu hari nanti kemurungan itu akan hilang dengan sendirinya.

Ada beranggapan bahawa kemurungan adalah satu kelemahan atau kegagalan peribadi yang perlu ditangani sendiri manakala ada yang lain tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan.

Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan kemurungan menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan tempat kedua bagi lelaki dengan nisbah 2:1 yang dipercayai disebabkan perubahan hormon.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, penyakit yang tidak mengenal usia ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tanggungjawab dan budaya, terutamanya wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab perlu dipikul sebagai pekerja, pengurus rumah tangga, isteri dan ibu kepada anak-anak.

Wanita juga lebih terbuka dan sangat prihatin dengan kesihatan serta tidak malu untuk merujuk masalah yang dihadapinya kepada pakar terbabit.

“Kemurungan di kalangan wanita juga ditunjukkan melalui gejala tidak bersemangat dalam kehidupan dan rasa tidak berguna manakala lelaki meluahkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan mudah terganggu.

“Perkahwinan menjadi faktor yang boleh melindungi kaum lelaki daripada kemurungan kerana merasakan kehidupan mereka sudah sempurna dan tanggungjawab selebihnya itu dialihkan kepada isterinya,” katanya ketika menyampaikan taklimat sempena Hari Kesakitan dan Kemurungan Malaysia yang disambut buat kali pertama di Petaling Jaya baru-baru ini.

Punca Kemurungan

-        Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit  Antaranya
  • kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
  • kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

-        Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

-        Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

-        Bagi sebilangan wanita,  kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.

Tanda-tanda Kemurungan
  • Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
  • Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
  • Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
  • Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
  • Amat sensitif , pendiam  dan suka mengasingkan diri
  • Perasaan pesimistik  Hilang semangat, putus asa/putus harapan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
  • Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
  • "Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu.   Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri  boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
  • Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput) 
Tips Untuk Mengatasi

  • Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

  • Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri  kepada Allah, pasrahkan diri dan redha  dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

  • Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

  • Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan  sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

  • Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

  • Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
    • Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
    • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
    • Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
    • BELAJAR  SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU.  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT DENGAN TERSEBUT. 
    • JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI.  ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIRI.

READ MORE - murung

Khamis, 1 Ogos 2013

tanda dy suke kite

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini :)
hari ini, saya nax ceritakan tentang tanda seseorang lelaki uw sayangkan anda :D
tapi, sebelum uw, apa yang saya tulis di bawah ini, semuanya saya pernah alaminya sendiri :)
memang itulah tandanya lelaki itu sayangkan kita or tak :)
oklah, kalau anda tidak percaya. jomlah kita baca satu persatu dan anda boleh menilainya sendiri :) just for perempuan jer bace, lau laki pun boleh..........
  • the firts one, apabila seorang lelaki itu benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. hati lelaki yg keras selama ini boleh menjadi lembut bak kapas. bahkan lelaki yg sedang mabuk cinta atau sinonimnya dengan angau, sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. sekeras manapun hati lelaki, ia akan mengalir air mata sekiranya hati mereka dilukai. oleh itu, kaum hawa janganlah pula mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh kaum adam itu untuk kita :)
  • the second one, jika kamu kaum wanita menyadari kekasihmu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hatinya, kenyataan, kamu tidak salah atau silap memilih teman hidupmu. situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. dia bukanlah jenis lelaki yang berdamping denganmu sekadar suka-suka atau untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. betapa untungnya kamu semua seandainya dapat lelaki yang macam tu :)
  • the third one, seandainya kekasihmu itu selalu membuat hati kamu senang dan terhibur, itu satu petanda bahawa dia inginkan perhubungan yang serius denganmu. sudah tentulah dalam setiap hubungan kita menginginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. jadi tidak heranlah kalau lelaki seperti ini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali bersama dengan orang yang mereka anggap istimewa dalam hidup mereka. pada mereka, itu merupakan satu tanggungjawab untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur :)
  • the forth one, janganlah kamu kaum hawa menganggap kekasihmu itu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi nasihat kepada kita. ingatlah bahawa nasihat bermaksud menasihati. dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. itu tandanya, dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu dan dia. jadi, bukalah hati kamu untuk mendengar nasihat darinya :)
  • the fifth one, jika sudah sayang, macam-macam kamu akan fikirkan termasuklah bimbang kehilangan dia. begitu juga sebaliknya. kekasihmu menyatakan dia selalu memikirkan hubungan kamu dan bagaimana cara untuk menyelamatkan dari berakhir begitu sahaja. kalu boleh, biarlah sampai naik pelamin, baru berbaloi an :)
  • the sixth one, lucu apabila melihat kekasihmu berperwatakan tak ubah seperti anak kecil semata-mata nak curi perhatian daripada kamu. kekasihmu itu mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang yang pernah kamu sayangi. kalaulah dia merajuk, cuba lah sekali-sekala kamu memujuknya. janganlah pula kamu menyangka merajuknya itu mengada-ngada. bukan senang au lelaki nak ubah sikap 'machonya' itu kepada seseorang yang berperwatakan manja. hanya untuk orang yang disayangi sahaja :)
  • the seventh one, apabila kamu dalam kesusahan dan orang pertama membantu kamu adalah kekasihmu. itu tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan dia bertanggungjawab untuk membantu. si dia akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani dengan masalah. beruntungnya kamu ! :)
  • the eighth one, bila kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk jangka masa yang agak lama, tiba-tiba dia jadi gelabah dan tidak menentu. itu tandanya dia tidak boleh berjauhan daripada kamu dan kamu tidak perlu meragui tentang kesetiaannya :)
  • the nineth one, sekiranya kekasihmu selalu menanyakan soalan yang sama iaitu " you masih sayangkan i ? ", janganlah kamu menganggap itu satu soalan yang membosankan. itu tandanya yang dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulangnya agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu ingat dirimu sudah dimiliki olehnya :)
  • the tenth one, seandainya kekasih kamu sanggup mengalirkan air mata untuk mu, itu mmbuktikan cintanya begitu kuat buatmu. bukan semua lelaki yang sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. tidakkah kamu terharu apabila kekasihmu sanggup menitiskan air mata demi kamu ? :)
  • the eleventh one, manusia tidak ada yang sempurna di atas muka bumi ini. samalah juga dengan teman lelaki kamu. tak lari dari buat silap dan kadang-kadang kamu berkecil hati dengannya. tapi, kalau dia nak berubah, itu satu perkara yang baik dan kamu harus menyokongnya. berikan masa untuk dia berubah. nak berubah, bukannya senang. tapi, kalau dia berubah demi kebahagian kamu, itu satu petanda yang baik. janganlah kamu mencari penggangti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan dia. dan kamu pasti ke, pengganti kamu itu dapat bahagiakan kamu ? fikir-fikirkan lah. :)
  • and the last one, pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa dia menyayangimu apabila kekasihmu lebih mementingkan diri kamu daripada dirinya sendiri. apa sahaja yang dilakukannya semata-mata untuk kamu. asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengannya :) jadi HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelak. setiap pasangan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. kalau kamu rasa pasangan kamu itu banyak kekurangan dan selalu menyakitkan hati kamu, lalu kamu carilah penggantinya. alasan yang kamu berikan kepadanya ialah yang kamu sudah tak ada hati dan tak serasi lagi. kamu pula bagaimana ? adakah kamu itu tidak pernah membuat silap dan sakitkan hati pasangan kamu ?  jadi, janganlah biarkan ego menguasai perasaan kamu, kalau tidak kamu pasti akan menyesal suatu hari nanti. mungkin pasangan kamu tidak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik. dan ikhlas itu tidak dapat dilihat dengan mata, tapi dapat dirasai dengan hati :)
READ MORE - tanda dy suke kite