Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini :)
hari ini, saya nax ceritakan tentang tanda seseorang lelaki uw sayangkan anda :D
tapi, sebelum uw, apa yang saya tulis di bawah ini, semuanya saya pernah alaminya sendiri :)
memang itulah tandanya lelaki itu sayangkan kita or tak :)
oklah, kalau anda tidak percaya. jomlah kita baca satu persatu dan anda boleh menilainya sendiri :) just for perempuan jer bace, lau laki pun boleh..........
- the firts one, apabila seorang lelaki itu benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. hati lelaki yg keras selama ini boleh menjadi lembut bak kapas. bahkan lelaki yg sedang mabuk cinta atau sinonimnya dengan angau, sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. sekeras manapun hati lelaki, ia akan mengalir air mata sekiranya hati mereka dilukai. oleh itu, kaum hawa janganlah pula mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh kaum adam itu untuk kita :)
- the second one, jika kamu kaum wanita menyadari kekasihmu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hatinya, kenyataan, kamu tidak salah atau silap memilih teman hidupmu. situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. dia bukanlah jenis lelaki yang berdamping denganmu sekadar suka-suka atau untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. betapa untungnya kamu semua seandainya dapat lelaki yang macam tu :)
- the third one, seandainya kekasihmu itu selalu membuat hati kamu senang dan terhibur, itu satu petanda bahawa dia inginkan perhubungan yang serius denganmu. sudah tentulah dalam setiap hubungan kita menginginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. jadi tidak heranlah kalau lelaki seperti ini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali bersama dengan orang yang mereka anggap istimewa dalam hidup mereka. pada mereka, itu merupakan satu tanggungjawab untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur :)
- the forth one, janganlah kamu kaum hawa menganggap kekasihmu itu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi nasihat kepada kita. ingatlah bahawa nasihat bermaksud menasihati. dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. itu tandanya, dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu dan dia. jadi, bukalah hati kamu untuk mendengar nasihat darinya :)
- the fifth one, jika sudah sayang, macam-macam kamu akan fikirkan termasuklah bimbang kehilangan dia. begitu juga sebaliknya. kekasihmu menyatakan dia selalu memikirkan hubungan kamu dan bagaimana cara untuk menyelamatkan dari berakhir begitu sahaja. kalu boleh, biarlah sampai naik pelamin, baru berbaloi an :)
- the sixth one, lucu apabila melihat kekasihmu berperwatakan tak ubah seperti anak kecil semata-mata nak curi perhatian daripada kamu. kekasihmu itu mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang yang pernah kamu sayangi. kalaulah dia merajuk, cuba lah sekali-sekala kamu memujuknya. janganlah pula kamu menyangka merajuknya itu mengada-ngada. bukan senang au lelaki nak ubah sikap 'machonya' itu kepada seseorang yang berperwatakan manja. hanya untuk orang yang disayangi sahaja :)
- the seventh one, apabila kamu dalam kesusahan dan orang pertama membantu kamu adalah kekasihmu. itu tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan dia bertanggungjawab untuk membantu. si dia akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani dengan masalah. beruntungnya kamu ! :)
- the eighth one, bila kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk jangka masa yang agak lama, tiba-tiba dia jadi gelabah dan tidak menentu. itu tandanya dia tidak boleh berjauhan daripada kamu dan kamu tidak perlu meragui tentang kesetiaannya :)
- the nineth one, sekiranya kekasihmu selalu menanyakan soalan yang sama iaitu " you masih sayangkan i ? ", janganlah kamu menganggap itu satu soalan yang membosankan. itu tandanya yang dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulangnya agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu ingat dirimu sudah dimiliki olehnya :)
- the tenth one, seandainya kekasih kamu sanggup mengalirkan air mata untuk mu, itu mmbuktikan cintanya begitu kuat buatmu. bukan semua lelaki yang sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. tidakkah kamu terharu apabila kekasihmu sanggup menitiskan air mata demi kamu ? :)
- the eleventh one, manusia tidak ada yang sempurna di atas muka bumi ini. samalah juga dengan teman lelaki kamu. tak lari dari buat silap dan kadang-kadang kamu berkecil hati dengannya. tapi, kalau dia nak berubah, itu satu perkara yang baik dan kamu harus menyokongnya. berikan masa untuk dia berubah. nak berubah, bukannya senang. tapi, kalau dia berubah demi kebahagian kamu, itu satu petanda yang baik. janganlah kamu mencari penggangti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan dia. dan kamu pasti ke, pengganti kamu itu dapat bahagiakan kamu ? fikir-fikirkan lah. :)
- and the last one, pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa dia menyayangimu apabila kekasihmu lebih mementingkan diri kamu daripada dirinya sendiri. apa sahaja yang dilakukannya semata-mata untuk kamu. asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengannya :) jadi HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelak. setiap pasangan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. kalau kamu rasa pasangan kamu itu banyak kekurangan dan selalu menyakitkan hati kamu, lalu kamu carilah penggantinya. alasan yang kamu berikan kepadanya ialah yang kamu sudah tak ada hati dan tak serasi lagi. kamu pula bagaimana ? adakah kamu itu tidak pernah membuat silap dan sakitkan hati pasangan kamu ? jadi, janganlah biarkan ego menguasai perasaan kamu, kalau tidak kamu pasti akan menyesal suatu hari nanti. mungkin pasangan kamu tidak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik. dan ikhlas itu tidak dapat dilihat dengan mata, tapi dapat dirasai dengan hati :)
perghhh!!!!!
BalasPadam:/
Padam